Bakul 0

Kematian Berlapis (Bercetak)

RM 28.00


Buku ini menyorot tentang isu kematian berlapis iaitu kejadian kematian secara berturut-turut, sama ada dalam tempoh yang singkat atau dalam tempoh yang lama, dalam keadaan harta pusaka bagi kes kematian pertama belum diselesaikan secara sempurna. Dalam istilah ilmu faraid, kematian berlapis ini dikenali sebagai ‘munasakhat’. 

Buku ini dimulai dengan membincangkan definisi dan beza antara kematian berlapis dengan kematian serentak. 

Kemudian buku ini mengulas tentang sebab berlakunya kematian berlapis dan seterusnya implikasi yang terjadi akibat berlakunya kematian berlapis. 

Beberapa situasi kematian berlapis dihuraikan secara terperinci dan kaedah penyelesaian atau pengiraan faraid bagi setiap situasi juga ada dimuatkan. 

Buku ini menyajikan kaedah pengiraan faraid yang sesuai dengan zaman ini dengan penjelasan pengiraan menggunakan konsep angka faktor sepunya terbesar (FSTB) supaya pembaca dapat memahami dengan lebih mudah.