Bakul 0

Waris Patah Titi (Cetakan Atas Permintaan)

RM 18.00


Buku ini menyorot tentang isu nasib waris patah titi. Kebajikan golongan ini terbela dengan kewujudan statut tentang wasiat wajibah yang melayakkan mereka menerima harta pusaka datuk atau nenek mereka pada kadar wasiat. 

Buku ini dimulai dengan membincangkan tentang konsep wasiat wajibah, dan pandangan-pandangan ulama’ mengenainya. Kemudian penulis mengulas tentang kadar dan syarat wasiat wajibah. 

Beberapa isu yang timbul dari ijtihad berkaitan wasiat wajibah juga diperbincangkan bagi memantapkan lagi penderafan dan pelaksanaan wasiat wajibah di negara kita. Penulis juga memuatkan fatwa yang diputuskan berkaitan wasiat wajibah bagi panduan amalan masyarakat Muslim di negara kita. 

Pada akhir perbincangan, buku ini membincangkan isu cucu atau kanak-kanak bagi wasiat wajibah di Selangor. 

Di akhir buku ini, ada dilampirkan contoh kes yang penulis sendiri terlibat mengenainya. 

Buku ini sesuai untuk pengamal undang-undang syarie, ahli akademik, juga masyarakat Muslim secara umum dalam membuat perancangan pewarisan harta mereka.

Customer comments

Author/Date Rating Comment