Bakul 0
Faham faraid.JPG

Faham Faraidh

RM 30.00


Ilmu Faraidh merupakan salah satu ilmu yang istimewa dan unik, namun masih tidak ramai di kalangan umat Islam yang dapat menguasai ilmu ini. Ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, samada dari segi tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami ilmu ini, tahap penguasaan ilmu matematik yang lemah dan sebagainya.

Maka bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan teknik-teknik pengiraan yang ringkas. Buku ini merupakan buku yang kedua penyusun iaitu buku lanjutan daripada buku asas iaitu Fajar Faraidh.

Buku ini dihasilkan setelah penyusun mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan. Selain itu juga penyusun juga telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel-artikel berkenaan bidang ini.

Pembahagian buku ini masih dikekalkan seperti di dalam buku Fajar Faraidh iaitu dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu, Pemahaman dan Pengiraan. Dua bidang pengetahuan ini amat penting untuk memahami dan menguasai ilmu Faraidh.  Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahaminya.